Search

PPM rampas minuman keras tidak bercukai di Penampang

May 28, 2023

Info X Reporters

KOTA KINABALU: Pasukan Polis Marin (PPM) menahan dua lelaki dan merampas minuman keras disyaki tidak bercukai bernilai RM29,000, semalam.

Serbuan di Penampang itu membabitkan rampasan sebanyak 180 kotak minuman keras pelbagai jenama.

Semua minuman keras berkenaan dirampas di dalam van dan lori.

Jumlah keseluruhan rampasan termasuk kenderaan kira-kira RM114,000.

Komander PPM Wilayah Empat Sabah, Asisten Komisioner Ahmad Ariffin ketika dihubungi mengesahkan tangkapan dan rampasan berkenaan. Katanya, kes disiasat mengikut Akta Kastam 1968. – Info X