Search

PPM Sandakan patahkan cubaan seludup barang kawalan ke Filipina

May 3, 2023

admin

SANDAKAN: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Empat Sandakan mematahkan cubaan menyeludup keluar barang kawalan ke Filipina di Sungai Batu Putih, di sini, hari ini.

Menerusi Op Taring Gelora, kira-kira 1 pagi itu, sepasukan pegawai dan anggota Polis Marin Sandakan yang sedang dalam rondaan di Sungai Batu Putih, terlihat beberapa orang yang mencurigakan sedang memunggah sesuatu dari jeti ke dalam bot.

Ketika dihampiri mereka semua melarikan diri meninggalkan bot selepas menyedari kehadiran bot ronda Polis Marin.

Bot bawa barang kawalan yang cuba diseludup ke Filipina ditahan Polis Marin Sandakan. – Foto PPM

Hasil pemeriksaan terhadap dua bot yang ditinggalkan menemui beberapa gelen berisi 600 liter minyak petrol, tiga kotak tepung gandum dan sekotak minyak masak bersubsidi.

Nilai rampasan bot dan barang kawalan dianggarkan sebanyak RM45,379.

Semua rampasan diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) cawangan Sandakan untuk tindakan lanjut.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Sandakan, Deputi Superintendan Rusdin Banin ketika dihubungi mengesahkan rampasan berkenaan. – Info X