Search

PPM tahan 3 lelaki Filipina bom ikan di Semporna

March 31, 2023

admin

SEMPORNA: Pasukan Polis Marin (PPM) menahan tiga lelaki warga Filipina kerana menangkap ikan menggunakan bahan letupan di perairan Pulau Sipanggau, di sini semalam.

Ketiga-tiga suspek berusia lingkungan 23 hingga 40 tahun ditahan PPM Semporna melalui Op Taring Gelora Khas kira-kira 5 petang.

Anggota PPM Semporna menunjukkan ikan yang ditangkap menggunakan bahan letupan di perairan Pulau Sipanggau, Semporna. – Foto PPM

Pemeriksaan ke atas bot dinaiki suspek membawa kepada rampasan 150 kilogram ikan hasil tangkapan disyaki menggunakan bahan letupan.

Turut dirampas kompresor angin dan satu gelung hos.

Nilai rampasan bot dan ikan dianggarkan berjumlah RM10,000.

Tiga suspek warga Filipina yang ditahan bersama ikan dan peralatan menangkap ikan guna bahan letupan. – Foto PPM

Komander PPM Wilayah Empat Sabah, Asisten Komisioner Ahmad Ariffin ketika dihubungi mengesahkan tangkapan dan rampasan berkenaan.

“Tangkapan dan rampasan diserahkan kepada Jabatan Perikanan cawangan Semporna untuk tindakan lanjut,” katanya. – Info X