PRN Sarawak: Premier Sarawak jadi tumpuan di DUN Gedong

November 28, 2026

Info X Reporters

KUCHING: Proses penamaan calon berlangsung pagi ini di 82 pusat penamaan calon seluruh Sarawak.

Antara tumpuan ialah di DUN Gedong yang ditandingi Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Beliau diiringi penyokong Gabungan Parti Sarawak (GPD) ke pusat penamaan calon di Dewan Masyarakat Gedong pada jam 8.30 pagi tadi.

Antara yang mengiringi beliau ialah bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak.

Menerusi perkongsian di Facebook beliau, Salleh menyatakan harapan agar proses penamaan calon PRN Sarawak berjalan lancar.

“Pagi ini, saya berkesempatan mengiringi YAB Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg, bersama barisan ahli Gabungan Parti Sarawak (GPS) ke pusat penamaan calon di Dewan Masyarakat Gedong pada jam 8.30 pagi sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak.

“Semoga segala urusan penamaan calon hari ini berjalan lancar dan proses demokrasi berlangsung dalam suasana aman, tertib serta harmoni,” katanya. – Info X