Search

PRN17: PAS bawa pendekatan baharu di Sabah

August 14, 2025

Info X Reporters

SANDAKAN: PAS Sabah akan membawa politik baharu yang mengutamakan solusi atau penyelesaian bagi menjuarai isu negeri menjelang Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17).

Ketua Penerangan PAS negeri, Mustaman Mustain, berkata pendekatan itu disasar sebagai langkah utama parti itu dalam usaha memenangi hati rakyat negeri ini.

“Budaya politik baharu ini akan mengutamakan pendekatan solusi bukan lagi seperti kempen-kempen sebelum ini yang lebih banyak menyalahkan pemimpin terdahulu tanpa membawa solusi ataupun penyelesaian kepada rakyat.

“Wujudnya slogan ‘PN BAIK’ dan ‘PN BEST’ yang diwar-warkan sebelum ini oleh pimpinan-pimpinan PAS berlandaskan pendekatan politik baharu yang diperjuangkan oleh PAS,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada satu majlis penerangan PAS Sabah, di sini, baru-baru ini.

Selain itu, Mustaman berkata jentera parti itu juga perlu memperkasakan idealisme ‘Sabahan For Malaysia’ sebagai suatu pendekatan baharu PAS di negeri ini.

“Jentera penerangan perlu berada di barisan hadapan memastikan pendekatan ini diterima oleh semua lapisan masyarakat dengan syarat PAS perlu menyediakan satu solusi yang konstruktif,” katanya. – Info X