Search

Projek LPB Serusup – Pituru berjalan lancar

August 30, 2026

Info X Reporters

TUARAN: Pembinaan Lebuhraya Pan Borneo Serusup – Pituru sepanjang 20.8 kilometer berjalan lancar, manakala jambatan sepanjang 682 meter yang merentasi Sungai Sulaman dijangka siap pada Disember tahun depan.

Perkembangan itu dimaklumkan kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, ketika lawatannya ke projek WP09 itu pada Ahad.

Beliau diberi taklimat mengenai projek itu oleh wakil Pegawai Penguatkuasa Theodora Thomas George, di tapak projek berkenaan.

Projek berkenaan bernilai RM465 juta dan dijangka siap pada Julai 2028.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri Dilantik, Datuk Kassim Razali; Pegawai Daerah Tuaran, Ibrahim Terki dan Kontraktor Projek Joseph Yu Sin Kong. – Info X