Search

PRU Sabah: 92.5 peratus pengundi awal tunai tanggungjawab

November 25, 2025

Info X Reporters

KOTA KINABALU: Pengundian awal Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Sabah (PRU Sabah) Ke-17 pada Selasa menyaksikan kehadiran pengundi yang tinggi dengan seramai 17,615 orang atau 92.5 peratus pengundi awal menunaikan tanggungjawab.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Khairul Shahril Idrus, berkata mereka terdiri daripada anggota tentera dan pasangan, anggota polis serta Polis Pasukan Gerakan Am (PGA) dan pasangan masing-masing.

Secara keseluruhan katanya, seramai 8,347 orang anggota tentera serta pasangan dan 10,696 orang anggota polis serta Polis Pasukan Gerakan Am (PGA) dan pasangan layak untuk mengundi awal pada PRU Sabah Ke-17.

“SPR merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada semua Pegawai Pengurus Pilihan Raya dan pasukan kerana telah menjalankan tanggungjawab dengan amat baik pada hari ini.

“Penghargaan dan terima kasih juga diucapkan kepada pihak Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah, Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, petugas media dan semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung atas segala kerjasama dan sokongan yang telah diberikan kepada SPR,” katanya.

Proses pengundian awal PRU Sabah Ke-17 bermula pada jam 8 pagi dengan sebanyak 58 Pusat Mengundi Awal dibuka di seluruh Sabah sebelum ditutup pada jam 5 petang. – Info X