Search

Remaja lelaki dikhuatiri lemas di Pantai Shahbandar Tuaran

February 12, 2025

Info X Reporters

TUARAN: Seorang remaja lelaki dikhuatiri lemas di Pantai Shahbandar,Tuaran ketika sedang menjalankan aktiviti mandi-manda bersama keluarga.

Mangsa dikenal pasti sebagai Mohd Nabil berumur 15 tahun.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran, Mohd Nor Amit berkata, sepasukan pegawai digerakkan ke lokasi sebaik menerima panggilan jam 5.52 petang.

“Pasukan bomba mendapatkan maklumat di lokasi seterusnya menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di kawasan sepanjang pantai.

“Pasukan Pasukan Penyelam Dalam Air (PPDA) Zon Kota Kinabalu kini dalam perjalanan ke lokasi kejadian dan akan turut menjalankan operasi di lokasi,” katanya.

Menurutnya, mangsa belum ditemui dan sebarang maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa. – Info X