Search

REMAN LAPAN INDIVIDU DIKAITKAN KES BUNUH PEMANDU E-HAILING DISAMBUNG

February 1, 2023

admin

TAWAU: Reman lapan individu termasuk empat pegawai kanan dikaitkan dengan kes pembunuhan seorang lelaki di daerah ini dilanjutkan tujuh hari bermula, hari ini.

Lanjutan reman berkenaan adalah bertujuan membantu siasatan kes membabit pemandu e-hailing berkenaan.

Majistret Dzul Elmy Yunus membenarkan permohonan lanjutan reman oleh polis pada prosiding di Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau, di sini, hari ini.

Terdahulu, semua pegawai dan anggota polis terbabit direman selama tujuh hari berakhir hari ini bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Idris Abdullah, semalam, melaporkan kes bunuh berkenaan bermotifkan cemburu dan lebih bersifat peribadi serta tidak melibatkan isu keselamatan di Sabah.

Dalam pada itu, seorang penganggur, Nurima Juli, 33, pada 30 Jan lalu didakwa di Mahkamah Majistret Tawau atas pertuduhan membunuh Nurman Bakaratu, 61, di ladang sawit berhampiran Jalan Anjur Juara, Jalan Apas, Batu Lima. – Info X