Search

Richard Chok dipilih Presiden Persatuan Alumni All Saints dan St Agnes 2025-2027

November 17, 2025

Info X Reporters

KOTA KINABALU: Persatuan Alumni Sekolah All Saints dan St Agnes Kota Kinabalu memilih barisan kepimpinan baharu 2025-2027 sempena Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Ke-72 persatuan itu, pada Ahad.

Berikutan itu, persatuan itu kini dipimpin Richard Chok selaku Presiden, dengan dibantu Janet Lee selaku Naib Presiden, Sophia Wong selaku Setiausaha dan Hong Jia Hao sebagai Bendahari.

Selain itu, lima ahli jawatankuasa persatuan turut dipilih iaitu Datuk Roger Chin, Susana Chew, Michael Yong, Shah Fareed Datuk Awang Sham dan Ivy Tseu.

Kesemua mereka dipilih menerajui kepimpinan persatuan itu bagi tempoh dua tahun bermula tahun ini hingga 2027.

AGM berkenaan diadakan di Hyatt Regency, di sini. – Info X