KOTA KINABALU: Tenom membuktikan keunggulan mereka dalam acara bola sepak di temasya Sukan Sabah (SAGA) kali ke-10 apabila memenangi ibu segala pingat itu bagi kedua-dua kategori lelaki dan wanita, hari ini.
Bagi kategori lelaki yang berlangsung di Stadium Likas, di sini, skuad Tenom berjaya menundukkan Telupid dengan keputusan 3-1 di final.

Sementara itu dalam aksi final kategori wanita yang berlangsung di Padang SAFA, di sini, pasukan ‘sumandak’ Tenom kenduri gol apabila membelasah Ranau 5-1.

Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) Tenom, Datuk Peter Anthony ketika ditemui merakamkan ucapan tahniah kepada kedua-dua pasukan yang berjaya mengungguli acara bola sepak pada SAGA tahun ini.
“Saya kepada pasukan Tenom kepada berjaya mendominasi acara bola sepak bagi lelaki dan wanita. Saya ingin merakamkan tahniah dan syabas kepada pasukan begitu juga kepada pengurus pasukan dan semua yang terlibat dalam kejayaan ini.
“Meskipun kita lihat pada awal perlawanan yang begitu sengit dimana babak awal jaringan dari Telupid namun hasil kerjasama kombinasi semua akhirnya kita berjaya menjuarai perlawanan akhir SAGA tahun ini,” katanya. – Info X