Search

SAPAWI TIDAK TOLAK KEMUNGKINAN KEMBALI KE GELANGGANG POLITIK

June 14, 2022

admin

KOTA KINABALU: Bekas Ahli Parlimen Sipitang, Datuk Sapawi Ahmad tidak menolak membuat kemunculan semula dalam arena politik sekiranya dicalonkan pada Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15) akan datang.

Beliau berkata, pertimbangan besar akan buat mengenai perkara itu sekiranya diberi peluang.

“Segala keputusan bakal difikirkan namun terus-terang saya bukan seseorang yang suka melobi atau meminta jawatan.

“Sekiranya suka berbuat demikian, mungkin sudah lama saya menjadi menteri kerana saya antara individu senior dalam arena politik khususnya di Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada sidang media khas, di sini, hari ini.

Sementara itu, ditanya mengenai pendapatnya mengenai perbentangan Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat Parti di Dewan Rakyat pada minggu pertama Julai depan, Sapawi menyatakan langkah berkenaan adalah suatu pendekatan wajar bagi mengelakkan sesetengah ahli politik mengambil kesempatan untuk tujuan peribadi.

Sapawi berkata, pelaksanaan RUU berkenaan kelak turut dilihat mampu mengukuhkan lagi sesebuah parti politik yang asaskan demi kepentingan rakyat.

“Bagi saya ia suatu yang penting untuk menguatkan sesebuah parti politik itu sendiri.

“RUU berkenaan juga dilihat tidak memudah ahli-ahli politik ini mengambil kesempatan untuk kepentingan peribadi.

“Bagaimanapun, pelaksanaan RUU iti kelak hendaklah didilankan secara menyeluruh dan tidak harus dilihat kepada orang yang melompat sahaja,” katanya. – Info X