Search

SAYA SERIK DIGELAR ‘KATAK’ – MASIUNG BANAH

May 26, 2022

admin

KOTA KINABALU: “Saya serik dipanggil ‘katak’. Nanti masuk sana, keluar percaturan politik lagi. Keluar lagi, katak lagi.

“Walaupun banyak tawaran diterima tetapi berikan saya sedikit masa lagi untuk membaca keadaan politik yang sebenar,” katanya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuamut, Datuk Masiung Banah.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai hala tuju politiknya ketika ini selepas menyandang status ADUN bebas sejak memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuamut dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang lalu.

Ditemui sempena Majlis Sambutan Aidilfitri 2022 Bersama Media, Masiung mengulas lanjut, ada antara parti yang menawarkan jawatan timbalan presiden dan naib presiden sekiranya beliau menyertai parti berkenaan.

“Saya mengambil pendekatan untuk ‘cermin-cermin’ dulu. Kita ‘teropong-teropong’ dulu keadaan politik ini.

“Tetapi untuk kerajaan negeri, kita menyokong kerajaan GRS dan sokong kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Hajiji Noor,” katanya. – Info X