Search

Semporna dilanda gempa bumi

June 2, 2024

Info X Reporters

KOTA KINABALU: Satu gempa bumi lemah dikesan berlaku di Semporna, petang tadi.

Berdasarkan info Jabatan Meteorologi (MET Malaysia), gempa bumi bermagnitud 3.3 pada Skala Richter itu berpusat di 4.4 darjah utara dan 118.9 darjah timur.

Gegaran dikesan pada jam 2.49 petang tadi pada kedalaman 10 kilometer dengan jarak kira-kira 50 kilometer di timur Semporna.

MET Malaysia memaklumkan tiada sebarang ancaman tsunami akibat gempa bumi itu. – Info X