KOTA KINABALU: Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Datuk Seri Shafie Apdal memaklumkan bakal menghantar semula permohonan usul bagi membincangkan serta membahas berkaitan tuntutan kesultanan Sulu.
Difahamkan, Shafie yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senallang
akan menghantar usul berkenaan pada esok.
“Saya kesal apabila berlaku isu yang penting seperti ini, ia tidak dibahaskan.
“Perkara ini bukan sahaja membabitkan kedaulatan negara namun juga keselamatan nyawa manusia.
“Oleh itu, saya suarakan perkara itu di landasan berdaulat seperti DUN Sabah ini,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Warisan, di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Mohd Shafie berharap pimpinan negara mengambil berat tentang kejadian aset Petronas di Azerbaijan dirampas waris kesultanan Sulu.
“Keselamatan kedaulatan ini cukup penting. Saya sangat kesal dengan apa yang berlaku.
“Semoga pimpinan negara kita mengambil berat tentang apa kejadiannya berlaku di Azerbaijan,” katanya. – Info X