Search

Sidang DUN: RM155 juta anggaran kutipan zakat harta dan fitrah

April 15, 2025

Info X Reporters

KOTA KINABALU: Majlis Ugama Islam Sabah menerusi Bahagian Zakat dan Fitrah (BZF) menganggarkan Pungutan Zakat Harta dan Zakat Fitrah di Sabah berjumlah RM155 juta pada tahun ini.

Menteri Sains, Tenologi dan Inovasi, Datuk Mohd Arifin Arif, berkata daripada jumlah itu sebanyak RM12.6 juta adalah anggaran kutipan zakat fitrah membabitkan seramai 1.68 juta pembayar.

“Bagaimanapun, jumlah sebenar hasil kutipan zakat fitrah pada tahun ini belum dapat dimuktamadkan kerana masih dalam proses pengiraan dan pengauditan,” katanya.

Beliau menjawab soalan lisan Datuk Amisah Yasin (ADUN Dilantik) mengenai hasil kutipan zakat fitrah di Sabah dan jumlah penerima bantuan Ramadan bagi tahun ini.

Sementara itu, Arifin yang juga EXCO Agama, berkata bagi pengagihan zakat pada Ramadan tahun ini, BZF memperuntukkan dana sebanyak RM20.1 juta untuk diagihkan kepada asnaf yang berhak.

“Sejumlah RM18,462,950 telah diagihkan kepada Asnaf Fakir, Miskin dan Mualaf di bawah Skim
Bulanan dan Hari Raya,” katanya.

Daripada jumlah itu, beliau berkata sebanyak RM8,016,650 diagihkan kepada 12,841 golongan fakir; RM9,229,800 diagihkan kepada golongan 30,766; RM1,216,500 kepada 4,055 orang mualaf. – Info X