Search

SKA Penampang muncul juara Kejohanan Karate Terbuka SKA Kota Belud

August 11, 2025

Info X Reporters

KOTA BELUD: Pasukan SKA Penampang mencatat kejayaan cemerlang apabila muncul juara keseluruhan Kejohanan Karate Terbuka SKA Kota Belud yang berlangsung, baru-baru ini.

Pasukan itu mengungguli carta dengan kutipan 13 pingat emas, 10 perak dan 13 gangsa, sekali gus menewaskan 16 kelab lain yang turut bersaing.

Kejayaan itu juga adalah hasil bimbingan jurulatih berpengalaman, Sensei Grace Tiwon, bersama pengurus pasukan Jason Jiliko, yang sentiasa memberikan tunjuk ajar dan dorongan kepada atlet.

“Barisan atlet SKA Penampang mempamerkan semangat juang tinggi, disiplin, dan kerjasama berpasukan yang mantap sepanjang kejohanan.

“Kejayaan ini diharap menjadi pembakar semangat untuk meneruskan latihan intensif bagi menghadapi kejohanan seterusnya, Sabah State Primary Championship yang akan diadakan pada 26 hingga 28 September 2025 di Tuaran,” kata Grace.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada semua atlet, jurulatih, pengurus pasukan, dan ibu bapa atlet atas pencapaian membanggakan itu. .

Katanya, SKA Penampang akan terus membuktikan bahawa kerja keras dan semangat tidak pernah mengkhianati kejayaan. – Info X

Berikut adalah senarai atlet SKA Penampang yang berjaya meraih pingat di kejohanan itu :

EMAS
1. Danial Henry Saimpon (12 tahun)
2. Pasukan Kata Lelaki B-14 (Moses Ronny Dingon, Nigel Azel Nixon, Javy Leroy Kinson)
3. Pasukan Kata Perempuan B-14(Sierra Dyanne Lorimer, Zanna Mae Marinus, Zoe Moniesha Marius )
4. Calsey Cresentia Collin Gahis (-20kg)
5. Dafne Henry Saimpon (+30kg)
6. Nigel Azel Nixon (-40kg)
7. Eve Balbina Stanis Sundang (-40kg)
8. Zanna Mae Marinus (-42kg)
9. Shawanda Dania (-47kg)
10. Zac Adler Marius(-70kg)
11. Rexcye Oswald Charles (-52kg)
12. Nickly Allan Nixon(-55kg)
13. Pasukan Kata Lelaki Kadet Junior (Zac Adler Marius, Calvarez Aiden Gundok, Jeffisten Jeffrin)

PERAK
1. Derwin Henry Saimpon (7 tahun)
2. Dafne Henry Saimpon (9 tahun)
3. Moses Ronny Dingon (11 tahun)
4. Pasukan Kata Lelaki B-14 (Danial Henry Saimpon, Seth Dangkas Stanis Sundang, Jeremiah Jorge Jason)
5. Siti nurzawiyah Zainal Abidin (15yrs)
6. Calantha Caneira Collin Gahis (+30kg)
7.Jeremiah Jorge Jason Jiliko (-35kg)
8. Sierra Dyanne Lorimer (-42kg)
9. Racquelbianca Bobby (-66kg)
10. Caoimhebrowyn Bobby (+68kg)

GANGSA
1. Calsey Cresentia Collin Gahis (7 tahun)
2. Calantha Caneira Collin Gahis(10 tahun)
3. Samara Evarani Koginavaan Nathan (10 tahun)
4. Javy Leroy Kinson (10 tahun)
5. Nigel Azel Nixon (11 tahun)
6. Eve Balbina Stanis Sundang (11 tahun)
7. Zac Adler Marius (14 tahun)
8. Nickly Allan Nixon (16 tahun)
9. Seth Dangkas Stanis Sundang (-45kg)
10. Danial Henry Saimpon (-40kg)
11. Calvarez Aiden Gundok (+55kg)
12. Jeffisten Jeffrin (-57kg)
13. Siti Nurzawiyah Zainal Abidin (-54kg)