Search

Sudah dua hari Christa tidak pulang

March 29, 2026

Info X Reporters

KOTA MARUDU: Seorang remaja perempuan berusia 17 tahun dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di pekan Tandek, di sini, sejak Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Superintendan Simiun Lomudin berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan remaja itu kira-kira jam 8.23 malam, semalam.

Menurutnya, remaja dikenali sebagai Christa Natalia Majaron itu dilaporkan keluar dari rumah pada 27 Mac lalu kira-kira jam 7.25 malam tanpa memaklumkan kepada keluarganya.

Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Superintendan Simiun Lomudin.

“Usaha mencari telah dijalankan oleh ahli keluarga, namun mangsa masih belum ditemui sehingga kini.

“Remaja itu berbadan kurus, berkulit cerah, kening nipis serta berambut panjang hitam,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu dengan menghubungi Sarjan Stephen Wan di talian 019-4695081 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Marudu di talian 088-662449.

Orang ramai juga boleh menyalurkan maklumat di mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. – Info X