BELURAN: Sebuah surau musnah dalam kebakaran di Jalan SMK Beluran, di sini, malam tadi.
Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam insiden itu.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beluran, Penolong Penguasa Bomba Edoen Macheal berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.55 malam.
Susulan laporan itu, katanya sembilan anggota termasuk pegawai bersama jentera digerakkan ke lokasi kejadian.
“Kebakaran membabitkan sebuah surau jenis tidak kekal yang terbakar sepenuhnya.

“Operasi pemadaman menggunakan satu aliran, satu aliran salur bantu dengan sumber air dari tangki jentera bomba,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Menurutnya api berjaya daripada terus merebak dan seterusnya kerja pemadaman punca api diteruskan.
“Pemeriksaan dijalankan disekitar kawasan kebakaran bagi memastikan tiada bahaya lain yang wujud.
“Operasi ditamatkan pada jam 12.16 tengah malam dan punca kebakaran masih dalam siasatan,” katanya. – Info X