KOTA KINABALU: Polis percaya, suspek kes tetak yang menyebabkan kematian bayi berusia enam bulan dan mencederakan anak saudara di Kinabatangan adalah disebabkan kemurungan.
Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun berkata, siasatan awal mendapati suspek menghadapi masalah kemurungan sejak dua tahun lalu dan dipercayai tidak diberikan perhatian oleh ahli keluarganya.
“Keadaan ini dipercayai menyebabkan suspek terasa tertekan sehingga membuatkan dia hilang kawalan serta melampiaskan emosi dengan mengamuk.
“Salah satu lagi punca suspek semakin murung dan stress dipercayai disebabkan salah seorang anaknya sebelum ini ditangkap pihak berkuasa kerana tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Sabah. – Info X