PENUNGGANG MOTOSIKAL LAWAN ARUS MAUT KEMALANGAN

PAPAR: Seorang lelaki maut selepas dipercayai menunggang motosikal secara melawan arus dan terbabit nahas dengan kenderaan pacuan empat roda di Kilometer 32 Jalan Lama Papar – Kota Kinabalu, laluan Pan Borneo, di sini, petang tadi. Dalam kejadian jam 2.40 petang itu, mangsa berusia lingkungan 20 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh Pegawai Perubatan […]
PENUNGGANG MOTOSIKAL MAUT KEMALANGAN DI JALAN LINTAS

KOTA KINABALU: Seorang penunggang motosikal maut selepas dirempuh sebuah kenderaan di laluan bertingkat (flyover) Jalan Lintas berhampiran sebuah pusat beli belah, di sini, hari ini. Dalam kejadian jam 5.45 pagi itu, mangsa lelaki warga tempatan berusia 67 tahun disahkan meninggal dunia akibat kecederaan di bahagian kepala. Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Mohd Zaidi […]
WANITA MAUT, DUA RAKAN CEDERA DALAM KEMALANGAN

PENAMPANG: Seorang wanita maut manakala dua lagi rakannya cedera selepas kenderaan dinaiki merempuh penghadang jalan di Jalan Penampang Kinarut berhampiran Padimas Point, di sini, awal pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 pagi itu, mangsa iaitu seorang wanita berusia 41 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan. Dua lagi rakannya yang berusia […]
KERETA TERBALIK DALAM LONGKANG, DUA MAUT MANAKALA EMPAT LAGI CEDERA

LAHAD DATU: Dua maut manakala empat lagi cedera selepas kenderaan dinaiki mereka terbabas lalu termasuk ke dalam longkang di Jalan Tungku Makuau, di sini , awal pagi tadi. Dalam kejadian jam 6 pagi itu, kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang turut hadir membantu di lokasi kejadian. […]
PEMBONCENG WANITA MAUT, MOTOSIKAL DIREMPUH SUV
KUNAK: Seorang wanita maut manakala suami dan anak lelakinya cedera selepas motosikal dinaiki keluarga berkenaan dirempuh sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) dalam kejadian di kilometer 10, Jalan Kunak – Tawau, di sini, semalam. Dalam kejadian pukul 4.45 petang itu, mangsa, Rina Samo, 38, yang juga warganegara Indonesia disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala suami mangsa […]
REMAJA MAUT TERCAMPAK DARI KENDERAAN SELEPAS REMPUH LORI SIMEN
PAPAR: Seorang remaja lelaki maut selepas tercampak keluar dari kereta dipandunya selepas merempuh sebuah lori simen di laluan Pan Borneo di Kilometer 23 Jalan Papar Lama – Kota Kinabalu, di sini, hari ini. Dalam kejadian jam 12.45 tengah hari, mangsa berusia 17 tahun yang parah di disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pembantu pegawai […]
PENUNGGANG MAUT KEMALANGAN DI JALAN PAPAR-BEAUFORT
PAPAR: Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya bertembung dengan sebuah Perodua Kenari dalam kejadian di Kilometer 10, Jalan Papar-Beaufort, hari ini. Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 2.40 petang ketika lelaki berusia 43 tahun terbabit dikatakan cuba memotong sebuah lagi kenderaan di hadapannya dengan memasuki laluan bertentangan. Bagaimanapun, mangsa dipercayai gagal kembali ke laluan asal sehingga […]
EMPAT LEMBU MAUT DIREMPUH AMBULANS, PEMANDU, PENUMPANG SELAMAT
KOTA BELUD: Lima individu terselamat manakala empat ekor lembu maut dalam kemalangan membabitkan sebuah ambulans yang merempuh sejumlah lembu di Jalan Kota Belud – Kota Marudu, di sini, awal pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi itu, kesemua mangsa yang terdiri daripada doktor, jururawat, pemandu, pesakit dan keluarga pesakit terselamat. Bagaimanapun, empat ekor lembu […]
KERETA MASUK LONGKANG, EMPAT TERSELAMAT
PENAMPANG: Empat individu menempuh detik cemas apabila kereta dinaiki mereka terjunam ke dalam longkang di Jalan Towering, di sini, awal pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 pagi itu, semua penumpang dan pemandu kereta Proton Saga berkenaan bagaimanapun terselamat dengan hanya mengalami kecederaan ringan. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) […]
PENUNGGANG MAUT MOTOSIKAL TERLANGGAR PACUAN EMPAT RODA
KOTA KINABALU: Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya terlanggar sebuah pacuan empat roda di Jalan Tuaran Bypass, selepas Flyover Batu 5, di sini, hari ini. Dalam kejadian 9.45 pagi itu, mangsa berusia 41 tahun yang menunggang motosikal jenis Benelli disahkan meninggal dunia di lokasi akibat parah di beberapa anggota badan. Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, […]