KANAK-KANAK LEMAS KETIKA MANDI DI PARIT

KOTA MARUDU: Seorang kanak-kanak lelaki lemas manakala rakannya tidak sedarkan diri selepas mereka mandi di parit, di Jalan Radu, di sini, hari ini. Mohammad Azam Masrul Abdullah, 10, disahkan meninggal dunia lokasi kejadian oleh pasukan perubatan dari Hospital Kota Marudu. Manakala rakannya lelaki berusia 10 tahun tidak sedarkan diri dan dikejarkan ke hospital untuk rawatan […]
REDAH API SELAMATKAN DIRI, PASANGAN SUAMI ISTERI MELECUR
KOTA MARUDU: Sepasang suami isteri cedera apabila meredah api ketika menyelamatkan diri selepas kediaman mereka yang terbakar dalam kejadian di Kampung Bombong 1, Jalan Semperita, di sini, semalam. Dalam kejadiam kira-kira jam 11.40 malam itu, mangsa iaitu seorang lelaki berusia 49 tahun dan isterinya yang berusia 45 tahun melecur pada bahagian badan mereka. Jurucakap Pusat […]
SIMPAN DENDAM TUJUH TAHUN, LELAKI PARAH DITETAK DI KEPALA
KOTA MARUDU: Seorang lelaki parah selepas dia ditetak dengan menggunakan parang dalam kejadian di Langkon Commercial Centre, di sini, kelmarin. Dalam kejadian jam 6.30 petang itu, mangsa berusia 26 tahun terbabit mengalami kecederaan termasuk retak di kepala selepas ditetak menggunakan parang sepanjang 52 sentimeter. Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Superitendan Zairolnizal Ishak berkata, berdasarkan siasatan […]
WANITA WARGA EMAS MAUT DISERANG BUAYA
KOTA MARUDU: Seorang wanita warga emas disahkan meninggal dunia ekoran diserang buaya dalam kejadian di Sungai Bengkoka Kampung Sinasak Batu Pitas, di sini pada Ahad. Dalam kejadian jam 10 pagi itu, mangsa berusia 66 tahun terbabit dikatakan diserang seekor buaya secara tiba-tibaketika membaiki pam air di sungai berkenaan bersama cucunya. Ketua Polis Daerah Kota Marudu, […]