Search

Tawaran diskaun saman trafik 30 peratus

July 26, 2023

Info X Reporters

KOTA KINABALU: Polis Sabah menawarkan diskaun sebanyak 30 peratus untuk pembayaran saman trafik terpilih selama tiga hari bermula esok hingga 29 Julai 2023.

Pengumuman itu dibuat di laman Facebook Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Sabah, hari ini yang memaklumkan tawaran itu sempena sambutan Maal Hijrah 2023 / 1445 H.

Menurut hantaran itu, pembayaran boleh dibuat di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah dan seluruh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabah.

Tempoh pembayaran bermula jam 9 pagi dan berakhir pada 4 petang sepanjang tempoh tiga hari berkenaan.

Diskaun 30 peratus untuk semua jenis saman trafik kecuali seperti berikut.

1. Kemalangan. 2. Saman berstatus Op Selamat. 3. Saman tidak boleh kompaun (NC). 4. Saman bicara mahkamah. 5. Saman berkaitan kenderaan berat m/lori. 6. Saman kesalahan potong secara bahaya/potong Q. 7. Saman kesalahan menggunakan lorong kecemasan. 8. Saman tidak patuh isyarat lampu merah. 9. Saman kesalahan potong di garisan berkembar. 10. Kesalahan pengubahsuaian ekzos kenderaan. – Info X