Search

Terbukti SLS ada locus standi, bukan penyibuk – UMNO Sabah

June 19, 2024

Info X Reporters

KOTA KINABALU: UMNO Sabah menyifatkan keputusan Mahkamah Rayuan semalam yang menolak rayuan Peguam Negara membuktikan Persatuan Undang-Undang Sabah (SLS) mempunyai ‘locus standi’ untuk mewakili kepentingan rakyat Sabah.

Ketua Penerangannya, Datuk Suhaimi Nasir, berkata ia turut membuktikan bahawa tindakan SLS memfailkan permohonan semakan kehakiman berkaitan 40 peratus hasil Sabah bukan sesuatu yang menyibuk.

“Saya ingin merujuk kepada keputusan Makhamah Rayuan semalam yang membenarkan SLS untuk meneruskan semakan kehakiman hak 40 peratus hasil Sabah.

“Dengan keputusan ini, adalah jelas dan terbukti bahawa SLS mempunyai ‘locus standi’ untuk mewakili kepentingan rakyat Sabah.

“SLS bukanlah badan yang penyibuk seperti dakwaan peguam luar lantikan Kerajaan GRS (Gabungan Rakyat Sabah),” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Sebaliknya, beliau mendakwa Kerajaan GRS yang tidak mempunyai ‘locus standi’ kerana melantik peguam luar untuk menentang SLS tetapi ingin mengambil na dan kredit apabila berjaya.

Beliau turut menyifatkan keputusan yang memihak kepada SLS itu sebagai satu kemenangan rakyat Sabah. – Info X