Search

TIGA DITAHAN KEMUKA INVOIS PALSU RM800,000

July 20, 2022

admin

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan tiga individu kerana dipercayai mengemukakan invois palsu bernilai lebih RM800,000 kepada pejabat sebuah kementerian pada 2019.

Sumber berkata, tiga lelaki yang berusia lingkungan 30-an dan 40-an terbabit ditahan kira-kira jam 10 pagi tadi ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM, dekat sini.

Katanya, mereka dipercayai mengemukakan invois palsu berkaitan tuntutan bayaran kos pengangkutan bagi projek untuk tempoh tiga bulan iaitu daripada Sep hingga Nov 2019.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, S Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan penangkapan tiga individu terbabit.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan Seksyen 109 Kanun Keseksaan.

”Kesemua suspek dijangka akan dituduh di mahkamah khas rasuah, di sini, dalam tempoh terdekat ini,” katanya. – Info X