Search

Tiga kanak-kanak cemas, terperangkap kepala air

October 10, 2023

Info X Reporters

RANAU: Tiga kanak-kanak lelaki berdepan detik cemas apabila terperangkap dalam kejadian kepala air di Sungai Liwagu, Kampung Puru-Puru, di sini, hari ini.

Ketika kejadian, semua mereka yang berusia 12 tahun dipercayai sedang mandi sebelum berlaku kejadian kepala air.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau, Ridwan Mohd Taha berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 2.59 petang.

Pasukan bomba ketika melaksanakan operasi menyelamat tiga kanak-kanak yang terperangkap di tengah Sungai Liwagu, Ranau. – Info X

Katanya, seramai sembilan pegawai dan anggota bersama jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke tempat kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, didapati tiga kanak-kanak lelaki terperangkap di seberang sungai.

“Tindakan pasukan bomba membuat penyelamatan dengan memakaikan jaket keselamatan dan menggunakan tali memindahkan mangsa ke tempat selamat,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

Anggota bomba menggunakan tali bagi menyelamatkan mangsa yang terperangkap dalam kejadian kepala air di Sungai Liwagu, Ranau. – Foto/Bomba

“Selepas memastikan tiada lagi bahaya lain terbabit, operasi ditamatkan pada 3.35 petang,” katanya. – Info X