Search

Tiga lelaki dicekup, rampasan 78,500 mililiter air ketum

June 25, 2025

Info X Reporters

PENAMPANG: Tiga lelaki tempatan ditahan dalam tiga serbuan berasingan di Putatan, malam tadi selepas disyaki terbabit dalam kegiatan memproses dan menjual air ketum.

Operasi bersepadu yang dijalankan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang itu turut membawa kepada rampasan sebanyak 78,500 mililiter cecair disyaki air ketum bernilai RM1,320.

Ketua Polis Daerah Penampang, Superintendan Sammy Newton berkata, tangkapan membabitkan tiga lelaki berusia antara 33 hingga 41 tahun bersama 53 botol plastik berisi air ketum.

“Semua suspek bersama barang rampasan kemudian dibawa ke IPD Penampang untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 dan sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM100,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sammy berkata, polis memberi amaran keras dan tidak akan berkompromi dalam usaha membanteras kegiatan yang menyalahi undang-undang.

“Polis juga menyarankan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai jenayah dadah atau air ketum untuk segera melaporkan kepada pihak berkuasa,” katanya. – Info X