Search

Tiga lelaki miliki 5.7 kilogram ekstasi ditahan

May 28, 2024

Info X Reporters

KOTA KINABALU: Tiga lelaki ditahan selepas mengaku memiliki lebih 5.7 kilogram dadah jenis ekstasi dalam dua serbuan berasingan sekitar bandar raya ini dan Penampang, semalam.

Semua dadah jenis serbuk berkenaan ditemui disembunyikan di dalam bungkusan plastik kecil seperti makanan jelly perisa lemon.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda berkata, pada awalnya dua suspek berjaya ditahan dalam serbuan terhadap sebuah kereta di hadapan salah sebuah pangsapuri di ibu negeri.

Katanya, hasil pemeriksaan serbuan jam 7.45 malam itu, polis berjaya menemui bungkusan plastik yang tertera gambar kartun ‘crazy frog’.

“Hasil soal siasat yang dijalan terhadap kedua-dua suspek mengaku memiliki semua dadah jenis ekstasi dan ketamin.

“Bertindak atas maklumat soal siasat, polis kemudiannya menahan seorang lagi lelaki pada jam 11.40 malam di kawasan parkir di sebuah perumahan di Penampang,” katanya pada kenyataan media, hari ini.

Semua dadah jenis serbuk berkenaan ditemui disembunyikan di dalam bungkusan plastik kecil seperti makanan jelly perisa lemon.

Menurutnya, hasil pemeriksaan pada badan suspek, polis menemui lima paket plastik mengandungi dadah dipercayai jenis ekstasi.

Katanya, lelaki terbabit mengaku masih menyimpan serbuk ekstasi di rumahnya dan serbuan di rumah suspek berjaya menemui 91 paket plastik berisi serbuk ekstasi.

“Anggaran berat keseluruhan dadah yang dirampas dianggarkan mencecah 5.7 kilogram .

“Semua suspek terus ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 39A(1) serta Seksyen 15(1)(A) akta yang sama,” katanya. – Info X