Search

Tiga lelaki terbabit pergaduhan di restoran dihadap ke mahkamah

October 28, 2026

Info X Reporters

LAHAD DATU: Tiga lelaki dihadapkan di Mahkamah Majistret, di sini, pada Rabu atas dua pertuduhan kerana terbabit dalam insiden pergaduhan di sebuah restoran, di sini, pada 24 Oktober lalu.

Seorang daripada mereka berdepan pertuduhan mengikut Seksyen 8(1)(e) Ordinan Kesalahan Kecil Negeri Sabah (Bab 80), manakala dua lagi masing-masing berdepan pertuduhan mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan.

Pertuduhan mengikut Seksyen 8(1)(e) Ordinan Kesalahan Kecil Negeri Sabah (Bab 80) kerana tertuduh didakwa mengancam dengan meninggikan suara dan bergaduh mulut terhadap seorang pekerja wanita di restoran terbabit hingga menimbulkan rasa takut.

Dua tertuduh yang masing-masing didakwa mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan pula kerana bergaduh di tempat awam.

Jika disabitkan kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara hingga enam bulan atau denda hingga RM1,000 atau kedua-duanya sekali.

Dalam insiden pada 24 Oktober lalu, sekumpulan individu melakukan rusuhan di sebuah restoran di pusat bandar Lahad Datu hingga menyebabkan kecederaan.

Berikutan itu, enam individu yang disyaki terbabit dalam insiden itu ditahan polis, dengan tiga daripada mereka didakwa di mahkamah pada Rabu. – Info X