Search

Tun Juhar, Hajiji solat sunat Aidilfitri di Masjid Negeri

April 10, 2024

Info X Reporters

KOTA KINABALU: Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin dan isteri, Toh Puan Norlidah RM Jasni menunaikan solat sunat Aidilfitri bersama lebih 3,500 jemaah di Masjid Negeri di sini pagi tadi.

Juhar dan isteri tiba di masjid itu pada jam 7.20 pagi dengan disambut oleh Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Turut menyambut ketibaan Juhar Timbalan Ketua Menteri Datuk Ir Shahelmey Yahya dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif.

Hadir sama solat sunat Aidilfitri di masjid itu Mufti Negeri Sabah Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar.

Solat diimamkan Imam Besar, Suhaidi Kuanting manakala Bungsu menyampaikan khutbah bertajuk Azam Lakukan Perubahan Capai Kemajuan.

Selesai menunaikan solat sunat Aidilfitri, Juhar turut bersalaman bersama jemaah di masjid berkenaan. – Info X