Search

TYT, KM sertai ribuan rakyat pada sambutan Hari Sabah

August 31, 2026

Info X Reporters

KOTA KINABALU: Yang di-Pertua Negeri, Tun Musa Aman dan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menyertai ribuan rakyat Sabah pada sambutan Hari Sabah yang penuh warna-warni di Dataran Bandaraya di sini, malam ini.

Sambutan dimulakan dengan ucapan pengisytiharan oleh Tun Musa, diikuti upacara menaikkan bendera serta pelbagai persembahan.

Antara persembahan yang diadakan ialah pertunjukan cahaya laser, nyanyian koir oleh kumpulan Male-Efficient serta persembahan pelbagai artis tempatan sebelum tayangan montaj khas dan persembahan lagu Sabah Tanah Airku.

Turut diadakan perarakan dengan motif Hari Sabah.

Yang di-Pertua Negeri diiringi isteri, Toh Puan Faridah Tussin, manakala Hajiji diiringi isteri, Datin Seri Juliah Salag.

Turut hadir Timbalan Ketua Menteri II, Datuk Seri Masidi Manjun yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk sambutan; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Zainudin Aman dan anggota Jemaah Menteri Negeri serta wakil rakyat. – Info X