Search

Ujian Matriks Pembelajaran bagi pelajar darjah 4 bermula tahun ini – PM

January 20, 2026

Info X Reporters

KOTA KINABALU: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan pelaksanaan Ujian Matriks Pembelajaran melibatkan penilaian darjah empat yang akan bermula tahun ini.

Beliau berkata, penilaian berkenaan merangkumi empat mata pelajaran utama iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains, dan akan dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.

“Mulai tahun ini, ujian penilaian darjah empat akan dilaksanakan bagi menilai tahap penguasaan pembelajaran murid,” katanya ketika berucap pada Majlis Peluncuran Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) dan Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia (RPTM) 2026–2035 di Putrajaya, hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Anwar turut memaklumkan bahawa Pengukuran Pembelajaran Tingkatan Tiga bagi lima mata pelajaran utama, iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Sejarah akan dilaksanakan bermula 2027.

Menurut beliau, kedua-dua pengukuran berkenaan akan ditadbir secara berpusat oleh Lembaga Peperiksaan, dan dikenali sebagai Matriks Pembelajaran Malaysia. – Info X