Search

United Malaysia adakan Hari Keluarga

December 13, 2023

Info X Reporters

KOTA KINABALU: Kelab penyokong rasmi Manchester United di Malaysia iaitu United Malaysia telah mengadakan Hari Keluarga kelab berkenaan, di sini, baru-baru ini.

Program Hari Keluarga itu adalah yang pertama dianjurkan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan akibat COVID-19 pada 2020 lalu.

Presiden United Malaysia, Batholomew Jingulam berkata, program berkenaan merupakan salah satu program yang diadakan pada setiap tahun sebelum pandemik melanda pada 2020.

“Sungguh menggembirakan apabila melihat para ahli kelab ini dan keluarga mereka berkumpul kembali selepas sekian lama.

“Di samping sayangnya kami kepada kelab ini, kami juga memberi keutamaan kepada keluarga sebagai sebahagian daripada perkara yang kami lakukan dalam United Malaysia,” katanya dalam kenyataan.

Pelbagai aktitivi untuk kanak-kanak turut diadakan pada hari berkenaan termasuk pertunjukan silap mata dan permainan menarik.

Pengerusi penganjur, Anita Dingkawan berkata, seramai kira-kira 100 ahli dan keluarga mereka menyertai program berkenaan. – Info X