Search

Video tular membabitkan kes curi sudah selesai

July 17, 2023

Info X Reporters

PENAMPANG: Video tular membabitkan seorang lelaki yang didakwa suspek kes curi di Donggongon, di sini, adalah kes lama dan sudah selesai.

Pemangku Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Sammy Newton berkata, pihaknya mengesan video berdurasi 4 minit dan 48 saat itu tular sejak sejak pagi semalam.

Katanya, hasil siasatan lanjut mendapati, kejadian berkenaan adalah kes yang berlaku pada 22 Mei lalu.

“Video berkenaan memaparkan seorang individu lelaki ditangkap oleh orang awam disyaki terbabit dengan kes curi di Pekan Donggongon.

“Bagaimanapun, kes berkenaan sebenarnya kes lama sudah berstatus selesai,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, semalam.

Sammy berkata, polis mendapati ada pihak tidak bertanggungjawab yang memuat naik video berkenaan sehingga mendatangkan kegusaran awam.

Sehubungan itu, Sammy menasihatkan orang ramai supaya tidak memuatnaik sebarang bahan yang tidak sahih di mana-mana platform media sosial.

Katanya, ia bagi mengelakkan kekeliruan dan boleh mengganggu gugat keselamatan orang awam. – Info X