KOTA KINABALU: Seorang wanita berdepan detik cemas apabila diragut seorang lelaki di sebuah kedai emas di Inanam Taipan, di sini, hari ini.
Kejadian jam 3.35 petang itu dirakam melalui Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis berkenaan dan tular di media sosial sejak petang tadi.
Dalam rakaman CCTV itu menunjukkan lelaki memakai baju hoodie warna merah secara perlahan mendekati mangsa yang sedang berurus niaga beli emas.
Lelaki terbabit dari arah belakang kemudian meragut beg plastik berisi emas milik wanita terbabit.
Suspek kemudian bertindak melarikan dari premis berkenaan.
Info X akan mendapatkan maklumat lanjut mengenai kejadian itu kepada pihak polis. Info X