Search

Wanita maut terjatuh dari tingkat 4 apartment

May 26, 2024

Info X Reporters

PENAMPANG: Seorang wanita warga tempatan maut selepas disyaki terjatuh dari tingkat empat sebuah apartment di Jalan Bundusan, di sini, petang tadi.

Mangsa berusia 24 tahun itu ditemui terbaring oleh orang awam kira-kira jam 4 petang, sebelum melaporkan kejadian itu kepada pihak polis.

Timbalan Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Erwansyah Abdul Basir berkata, hasil siasatan awal di lokasi kejadian mendapati mangsa seorang wanita tempatan ditemui terbaring dipercayai terjatuh dari tingkat empat apartment berkenaan.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Mayat mangsa seterusnya dihantar ke Hospital Queen Elizabeth I (HQEI) untuk tujuan bedah siasat,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Mangsa ditemui terbaring di dipercayai terjatuh dari tingkat empat apartment berkenaan.

Menurutnya, siasatan masih diteruskan dan kes diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut (SDR).

Sementara itu, Erwansyah berkata pihaknya menasihatkan orang awam supaya tidak menimbulkan sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan. – Info X