Search

Wanita melecur di kaki dalam kebakaran 2 rumah

October 19, 2023

Junaidi Ladjana

KOTA KINABALU: Seorang wanita melecur pada bahagian kaki ketika cuba menyelamatkan diri selepas kediamannya di Kampung Warisan, Inanam musnah terbakar, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira 8.30 pagi itu, sebuah lagi rumah serta empat kenderaan turut musnah terbakar.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas, Agustavia Joe Guasi berkata, sebaik menerima panggilan jam 8.39 pagi, sepasukan bomba dari BBP Lintas dan Kota Kinabalu bersama jentera digerakkan ke tempat kejadian.

Pasukan bomba memadam kebakaran dua rumah di Kampung Warisan, Inanam, Kota Kinabalu. – Foto/Bomba

“Kebakaran membabitkan dua rumah jenis separuh kekal dan empat kenderaan yang musnah terbakar.

“Pemadaman menggunakan empat aliran tiga pancutan dari tangki jentera,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, terdapat seorang mangsa wanita berusia 50 tahun melecur pada bahagian kaki.

“Mangsa diberikan rawatan awal seterusnya dihantar ke Hospital Queen Elizabeth II menggunakan kenderaan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

Kenderaan yang musnah dalam kebakaran. – Foto/Bomba

“Operasi terkawal pada 9.25 pagi dan selepas memastikan tiada bahaya lain terbabit, operasi ditamatkan pada 11.03 pagi,” lapangan.

Tambahnya lagi, punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan. – Info X