Search

Wanita meninggal dunia ketika menuruni puncak Kinabalu

August 29, 2024

Info X Reporters

RANAU: Seorang pendaki wanita meninggal dunia ketika turun dari puncak Gunung Kinabalu, Kundasang, hari ini.

Mangsa warga tempatan berusia 54 tahun dilaporkan mengalami kesejukan dan lemah di Kilometer lapan, Gunung Kinabalu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau, Penolong Penguasa Bomba, Ridwan Mohd Taib berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 11.24 pagi.

Katanya, tindakan pasukan penyelamat dan Malim Gunung mangsa menghubungi dan memohon bantuan tambahan kakitangan Taman-Taman Sabah (TTS) dan Pasukan Mencari dan Menyelamat di Gunung (MoSAR) bertugas untuk tindakan lanjut.

“Mangsa kemudian dibawa ke ‘Sick Bay Panalaban’ untuk rawatan lanjut termasuk bantuan lanjut oksigen dan memberi bantuan pernafasan (CPR) dengan bantuan bantuan menggunakan Automated External Defibrillator (AED).

“Namun mangsa masih tidak sedarkan diri. Mangsa kemudian diusung turun ke Timpohon Gate menggunakan ‘Neil Roberston Stretcher oleh pasukan MoSAR, TTS dan Malim Gunung,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan KKM selepas pemeriksaan dilakukan di Timpohon Gate, Gunung Kinabalu. – Foto/Bomba

Menurutnya, sebaik tiba di Timpohon Gate, mangsa seterusnya mendapat pemeriksaan daripada pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan disahkan meninggal dunia.

“Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Operasi ditamatkan pada jam 8.35 malam,” katanya. – Info X