Search

Warga emas cedera tergelincir diselamatkan bomba

January 31, 2024

Info X Reporters

SANDAKAN: Seorang wanita warga emas diselamatkan pasukan bomba selepas terjatuh akibat tergelincir di laluan tandas dalam rumahnya di Taman Villa Permai, Jalan Sibuga, di sini, hari ini.

Pegawai Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Penolong Penguasa Bomba, Riki Mohan Singh Ramday berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 7.55 pagi.

Katanya, sepasukan anggota dan pegawai bersama jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan digerakkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi, mangsa warga emas terbaring akibat terjatuh selepas tergelincir di depan laluan tandas rumahnya.

“Pasukan bomba bertindak membuka pintu rumah dan unit EMRS memberi rawatan awal,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mangsa cedera dihantar ke Hospital untuk rawatan lanjut. – Foto/Bomba

Menurutnya, mangsa kemudian dihantar ke Hospital Sandakan untuk rawatan susulan.

“Selepas memastikan tiada lagi bahaya yang wujud, operasi ditamatkan pada 8.36 pagi,” katanya. – Info X