TAWAU: Seorang lelaki warga emas berusia 84 tahun ditemui lemas di Sungai Balung, di sini, petang tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan jam 6.23 petang.
Katanya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau digerakkan ke lokasi kejadian.
“PGO Sabah terima panggilan kecemasan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mohon bantuan mengangkat mangsa dipercayai lemas di sungai, disebabkan pihak KKM mengalami kesukaran untuk mengambil mangsa.
“Pasukan bomba menggunakan kenderaan pacuan empat roda bergerak ke lokasi,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Timbalan Ketua Polis Daerah Tawau, Superintendan Champin Piuh berkata ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.
“Mayat mangsa sedang dibawa keluar dari lokasi kejadian oleh pasukan penyelamat,” katanya. – Info X