Search

Warga emas ditemui meninggal

November 9, 2025

Info X Reporters

SANDAKAN: Seorang lelaki warga emas ditemukan meninggal dunia di dalam rumah yang berkunci dalam kejadian di Jalan Labuk Batu 8, di sini pagi tadi.

Mangsa, Wong Kim Hau, 66, ditemui pasukan Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan selepas menerima laporan seorang lelaki yang terkunci di dalam rumah sebelum meminta bantuan untuk membuka pintu.

Ketua BBP Sandakan, Jimmy Lagung, berkata pihaknya menerima panggilan pada jam 9.07 pagi menerusi MERS999 dan menghantar sepasukan tujuh anggota ke lokasi sejauh kira-kira 10 kilometer (km) dari balai berkenaan.

Katanya, pasukan bomba yang tiba di lokasi mendapati pintu rumah berkenaan terkunci dari dalam.

“Pasukan penyelamat bertindak membuka pintu menggunakan peralatan khas dan menemukan seorang lelaki warga emas dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam bilik.

“Pemeriksaan lanjut oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya.

Jimmy berkata, mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. – Info X