Search

Warga emas hilang ditemui selamat

June 9, 2024

Info X Reporters

TUARAN: Seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang semalam, ditemui selamat di Kampung Kionsom Baru, Tamparuli, petang tadi.

Mangsa Sungkit Akup, 94, ditemui oleh orang awam kira-kira satu kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Mohd Nor Amit berkata, pihak menerima panggilan terdapat seorang lelaki warga emas dikhuatiri, jam 3.02 petang.

Katanya, menurut laporan dari pengadu, mangsa telah keluar dari rumah di Kampung Kionsom Baru, Tamparuli, jam 5.55 petang semalam dan sehingga kini belum pulang ke rumah.

“Pasukan bomba kemudian ke lokasi untuk mendapatkan maklumat dan menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa.

“Mangsa berjaya ditemui dengan selamat oleh orang awam pada 4.29 petang tadi,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Mangsa diusung oleh pasukan bomba sebaik ditemui kira-kira satu kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan hilang di Kampung Kionsom Baru, Tamparuli. – Foto/Bomba

Menurutnya, mangsa ditemui dalam keadaan lemah kira-kira satu kilometer dari lokasi dia dilaporkan hilang.

“Mangsa telah diberi rawatan awal oleh pasukan EMRS dan seterusnya dihantar ke Hospital Tuaran untuk rawatan lanjut.

“Operasi ditamatkan pada jam 4.50 petang,” katanya.

Operasi SAR turut dijalankan bersama pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM). – Info X