Search

Warga emas OKU dilaporkan hilang di Beaufort

October 23, 2023

Willie Jude

BEAUFORT: Seorang warga emas yang juga orang kurang upaya (OKU) dikhuatiri hilang di kawasan hutan berhampiran rumahnya, di Kampung Luagan Sanginan, di sini, semalam.

Mangsa, Komoi Awang, 88, dilaporkan hilang sejak jam 9 pagi semalam selepas pengadu mendapati mangsa tiada dalam biliknya.

Usaha ahli keluarganya bersama penduduk kampung mencari mangsa di sekitar rumah dan kebun belakang rumah juga gagal selepas itu.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba berkata, pihaknya menerima panggilang berhubung kehilangan mangsa pada jam 10.01 pagi, hari ini.

“Operasi juga disertai agensi penyelamat lain serta penduduk kampung, namun setakat ini mangsa masih gagal dikesan.

“Maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa,” katanya dalam kenyataan, hari ini. – Info X