Search

YBS TENAGA, LIMA PBT SABAH METERAI MOU PROJEK SKRIN PENGIKLANAN LED

April 13, 2022

admin

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Hajiji Noor menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi pelaksanaan Projek Skrin Pengiklanan LED diantara Yayasan Bumiputera Sabah Tenaga Sdn Bhd (YBS TENAGA) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sin, semalam.

Menandatangani MoU bagi pihak YBS TENAGA ialah Pengerusi Kumpulan YBS, Senator Datuk John Ambrose dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (GCEO) YBS, Asno Amat Muda manakala PBT diwakili Pengerusi serta Setiausaha Eksekutif Majlis Daerah dan Majlis Perbandaran masing-masing.

Lima PBT yang terlibat ialah Majlis Daerah Tuaran, Majlis Daerah Keningau, Majlis Daerah Putatan, Majlis Daerah Penampang dan Majlis Perbandaran Tawau.

Projek Skrin Pengiklanan LED merupakan projek berasaskan pengiklanan digital

melibatkan kerjasama YBS TENAGA dan usahawan Bumiputera iaitu Yunus Property Consultant Sdn Bhd dan rakan-rakan kerjasama lain.

Dalam pada itu, YBS Tenaga Sdn Bhd juga menandatangani memorandum perjanjian

(MOA) bersama Yunus Property Consultant Sdn Bhd dan OCK Berhad.

YBS TENAGA adalah anak syarikat Yayasan Bumiputera Sabah (YBS).

Sementara itu, Hajiji turut menyerahkan sumbangan YBS kepada tujuh badan amal iaitu Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Putatan, Rumah Anak Yatim Tambunan, Rumah Anak Yatim & Miskin Tuaran, Rumah Anak Yatim dan Asnaf Kampung Silad Ranau, Persatuan Pengurusan Pusat Jagaan OKU Leshan, Pusat Anak Yatim dan Fakir Miskin Al Ain Keningau dan Rumah Anak Yatim As Sakinah Papar. – Info X