PENAMPANG: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersama Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan keluarga Diraja, hari ini, berkenaan melawat ke rumah-rumah kebudayaan di KDCA, di sini.
Selain melawat rumah tradisi, Baginda berdua dan keluarga Diraja turut menonton persembahan tarian tradisional serta mencuba sendiri beberapa makanan tempatan Sabah.
Antara makanan tradisi yang disantap termasuklah ambuyat, hinava, hinompuka, nanggiu.
Dalam pada itu, Tunku Azizah turut berkenan memperlihatkan kemahiran memasak baginda ketika melawat rumah Dusun Tatana.
Sementara itu, baginda berdua serta paduka anakanda kemudiannya mencuba aktiviti menyumpit dan menyaksikan demo permainan lansaran di rumah tradisi Murut.
Terdahulu, rombongan Kembara Kenali Borneo di Sabah meneruskan perjalanan ke Sindumin, Sipitang sebelum ke negeri Sarawak. – Info X