Kita Kita Juga Baini!
Since the launching of KUPIKUPI FM 96.3 in Sabah in 2015, the station has managed to become the ‘heart and soul’ of the Sabah community. The brand is firmly anchored in the hearts of the people as the pride and joy of the state.
August 25, 2025
Dakwaan kerajaan GRS gagal adalah fitnah – Hajiji
KOTA BELUD: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menolak dakwaan pembangkang yang menganggap Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sebagai kerajaan yang gagal. Katanya, jika kerajaan diterajuinya itu gagal, tidak mungkin ia mendapat hasil yang tinggi hingga mencecah RM7 bilion sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Beliau berkata, kerajaan juga tidak dapat menyalurkan bantuan yang banyak jika ia adalah kerajaan yang gagal, sedangkan realitinya banyak inisiatif untuk rakyat dilaksanakan. “Jika benar Kerajaan GRS gagal, kita tidak akan mampu menyalurkan begitu banyak bantuan kepada rakyat dan kita juga tidak akan mampu meningkatkan hasil negeri kepada RM7 bilion berbanding hanya RM4 bilion sebelum ini. “Pembangkang hanya tahu menyebarkan fitnah dan pembohongan di media sosial, terutama kerajaan dua setengah tahun itu, mereka tidak mempunyai perancangan (ketika berkuasa) tetapi sekarang bercakap besar seolah-olah mereka tahu segala-galanya,” katanya. Beliau berkata demikian pada Program Ramah Mesra Komuniti SMJ bersama Ketua Menteri di Kampung Pantai Emas, di sini, pada Ahad. Hajiji berkata, sejak mengambil alih pentadbiran, Kerajaan Negeri GRS telah memulakan kira-kira 400 inisiatif di bawah pelan pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) dan kira-kira 94 peratus daripadanya sudah dilaksanakan demi kesejahteraan rakyat dan kemajuan negeri. Jelasnya, Kerajaan Negeri membelanjakan RM1.49 bilion yang memberi manfaat kepada 336,076 penerima bantuan kebajikan dari 2021 hingga 2024, termasuk Skim Bantuan Am (SBAM), Skim Bantuan Anak Yatim (SBAY) dan lain-lain. Beliau berkata, jumlah itu adalah tambahan kepada peruntukan RM385.5 juta pada tahun ini untuk pelaksanaan Program Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR) yang memberi manfaat kepada 100,000 penerima golongan miskin dan miskin tegar. “Bagi tahun 2025, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan RM488.5 juta untuk melaksanakan pelbagai program pembasmian kemiskinan,” katanya. Ketua Menteri berkata, kerajaan negeri menggunakan Pangkalan Data Sabah atau PADANs untuk mengenal pasti bentuk intervensi bersesuaian berdasarkan profil Ketua Isi Rumah (KIR). Katanya, tahun ini Kerajaan Negeri juga kekal komited menyokong aspirasi Kerajaan Persekutuan selaras dengan pelan pembangunan Hala Tuju SMJ dan Belanjawan Negeri Sabah 2025 dalam agenda pembasmian kemiskinan. “Selain itu Kerajaan Negeri telah membelanjakan kira-kira RM1.33 bilion bagi pembangunan modal insan khususnya dalam bidang pendidikan. “Perkara ini tidak pernah dilakukan sebelum ini. Kita telah meningkatkan peruntukan biasiswa negeri kepada RM138 juta tahun ini berbanding hanya RM50 juta sebelum ini,” katanya. Kerajaan Negeri juga, katanya menekankan aspek Ekonomi Biru untuk menjana kekayaan baharu dan meningkatkan pendapatan negeri. Beliau berkata, ia adalah tambahan kepada hasil sektor minyak dan gas menerusi penglibatan lebih besar negeri selepas termeterainya Perjanjian Kolaborasi Komersial (CCA) bersama Petronas. Hajiji turut berkata, Warisan sering bercakap seolah-olah merekalah yang memulakan Program Pengukuran Tanah Anak Negeri Sabah (PANTAS), sedangkan program itu sebenarnya telah lama dilaksanakan sebelum itu. “Saya perlu menyatakan perkara ini kerana saya tidak mahu rakyat di Kota Belud terpedaya dengan pembohongan pembangkang,” katanya. Hajiji yang juga Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) turut menyeru rakyat agar memastikan kemenangan gabungan itu di semua empat kerusi DUN di sini. Selepas itu, Hajiji yang diiringi Ketua Penyelaras Sekretariat SMJ Datuk Datu Rosmadi Datu Sulai; ADUN Pintasan, Datuk Fairuz Renddan; ADUN Tempasuk, Datuk Mohd Arsad Bistari; Presiden USNO, Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan Ketua Gagasan Rakyat Usukan, Datuk Japlin Akim, menyampaikan geran tanah PANTAS kepada 10 penerima mewakili 502 yang lain. Ketua Menteri turut menyampaikan bantuan kebajikan, kunci Rumah Mesra SMJ dan sumbangan kepada 66 sekolah di daerah ini melalui Pejabat Pendidikan Daerah (PPD). – Info X

Latest news on everything happening in Sabah and Sarawak!
August 25, 2025
Info X Reporters

August 24, 2025
Info X Reporters
Bom tinggalan Perang Dunia Kedua ditemui di Sungai Segama
LAHAD DATU: Sebutir bom lama dipercayai peninggalan Perang Dunia Kedua ditemui seorang lelaki ketika menjala ikan di tebing Sungai Segama, di sini, pagi tadi. Bom jenis Unexploded Ordnance (UXO) Aerial Bomb itu ditemui kira-kira jam 10 pagi sebelum lelaki tempatan berusia 52 tahun itu segera memaklumkan penemuan berkenaan kepada polis. Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Dzulbaharin Haji Ismail berkata, hasil pemeriksaan awal mendapati bom itu berukuran 30 sentimeter panjang dengan ukur lilit 40 sentimeter dengan berat 226 kilogram. “Siasatan lanjut oleh Cawangan Persenjataan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu mengesahkan bom berkenaan dipercayai peninggalan Perang Dunia Kedua buatan British. “Objek berbahaya itu ditemui oleh seorang lelaki ketika menjala ikan, sebelum memaklumkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan media, hari ini. Beliau berkata, kawasan penemuan kini dikawal sementara menunggu tindakan Unit Pemusnah Bom (UPB) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah bagi tujuan pemusnahan. – Info X
August 24, 2025
Info X Reporters
Lelaki ditahan lakukan perbuatan seksual terhadap remaja perempuan
LAHAD DATU: Seorang lelaki tempatan berusia 20 tahun ditahan polis selepas disyaki melakukan perbuatan seksual terhadap seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun di sebuah rumah di Jalan Silam, di sini. Suspek ditahan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Daerah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu pada jam 1.15 tengah hari, semalam, di perkarangan IPD Lahad Datu. Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Dzulbaharin Ismail berkata, tangkapan dilakukan selepas menerima laporan berkaitan insiden itu yang membabitkan remaja terbabit. “Kes disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan,” katanya dalam kenyataan, hari ini. Beliau menegaskan, pihak polis memandang serius kes seumpama ini dan tindakan tegas akan diambil bagi melindungi keselamatan serta kebajikan kanak-kanak dan remaja daripada menjadi mangsa. – Info X
August 24, 2025
Info X Reporters
Maut terjatuh ketika baiki tangki air
PUTATAN: Seorang lelaki ditemui berlumuran darah selepas dipercayai terjatuh ketika membaiki tangki air dalam kejadian di Kampung Pasir Putih, di sini, malam tadi. Mangsa warga asing berusia 42 tahun itu ditemui tidak sedarkan diri oleh orang awam pada jam 7.35 malam sebelum memaklumkan kepada pihak polis untuk bantuan segera. Ketua Polis Daerah Penampang, Superintendan Sammy Newton berkata, sebaik menerima makluman, sepasukan anggota dan pegawai terus dikerah ke lokasi untuk menjalankan siasatan. Katanya, siasatan mendapati, mangsa dipercayai terjatuh ketika sedang membaiki tangki air di belakang rumah berkenaan. “Hasil siasatan lanjut, pihak polis tidak menemui sebarang unsur jenayah namun siasatan akan diteruskan. “Mayat mangsa sudah dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk proses bedah siasat,” katanya dalam kenyataan media, hari ini. Menurutnya, setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR). Sehubungan itu, Sammy menasihati orang ramai supaya tidak memuatnaik sebarang imej atau rakaman video mangsa di tempat kejadian di mana-mana platform media sosial bagi menjaga sensitiviti keluarga terlibat. – Info X
MORNING KINABALU KUPI VIBEZ BAH, ATUR! KUPI KRUZ