KOTA KINABALU: Seramai 1,450 mangsa banjir daripada 512 keluarga masih berada di pusat pemindahan di tiga daerah setakat pagi Rabu.
Daerah Beaufort kekal mencatat jumlah mangsa tertinggi dengan seramai 627 orang daripada 211 keluarga, diikuti Tenom seramai 563 orang daripada 210 keluarga.
Sebuah lagi daerah terjejas ialah Kota Belud dengan seramai 260 orang daripada 91 keluarga masih berlindung di Pusat Pemindahan Sementara (PPS).
Berdasarkan laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, lima PPS dibuka di Tenom, empat di Beaufort termasuk sebuah Pusat Pemindahan Kekal (PPK) dan satu PPS di Kota Belud.
Pemindahan mangsa membabitkan sebanyak 19 kampung terjejas banjir, iaitu sembilan di Beaufort dan masing-masing lima kampung di Tenom dan Kota Belud. – Info X