Search

16 Bazar Ramadan sekitar KK, jalan, tapak letak kereta ditutup mulai 1 pm

March 2, 2025

Info X Reporters

KOTA KINABALU: Sebanyak 16 lokasi Bazar Ramadan 2025 di bawah Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dibuka sepanjang Ramadan tahun ini, bermula hari ini.

Berikutan itu, DBKK mengeluarkan notis penutupan sementara jalan dan tempat letak kereta di semua 16 lokasi terbabit yang berkuatkuasa mulai jam 1 tengah hari hingga 7 malam setiap hari.

Lokasi terbabit ialah di Lintasan Deasoka, letak kereta Padang Merdeka, letak kereta Bataras Indah Permai, Pasar Malam Sembulan dan letak kereta hadapan Daily Ekspress Tanjung Aru.

Selebihnya ialah di Pasar Malam Inanam, Pasar Malam Inanam Point, Pasar Malam Manggatal, Pasar Malam Kingfisher, Plaza Manggatal, University Apartment (UA) dan University Utama Square (UUS).

Turut terbabit ialah Pasar Malam KK City Night Market (sebelah bangunan UMNO), Kepayan 88 Avenue, Plaza Juta Likas dan Taman Awam DBKK Sungai Darau Greenway berhadapan bangunan
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan atau Mini Putrajaya.

Berikutan itu, DBKK menasihatkan orang ramai supaya mematuhi arahan anggota penguat kuasa yang bertugas dan menggunakan jalan alternatif bagi keselamatan dan kelancaran trafik. – Info X