KOTA KINABALU: Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, hari ini, mengumumkan 19 April ini sebagai cuti tambahan sekolah sempena Aidilfitri.
Katanya, cuti tambahan itu adalah untuk memudahkan urusan guru, murid serta ibu bapa untuk pulang ke kampung masing-masing bagi membuat persiapan menyambut perayaan terbabit.
“KPM bersetuju untuk memberikan cuti tambahan pada 19 April ini atau Rabu untuk negeri di kumpulan A dan B,” katanya seperti dipetik Berita Harian.
Beliau mengumumkan perkara itu kepada media selepas menghadiri Majlis Ikrar Bebas Rasuah Kementerian Pendidikan (KPM), di Putrajaya, hari ini. – Info X