Search

Penjawat awam Sabah, pesara terima bonus Aidilfitri 17 April

April 11, 2023

admin

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor, semalam, mengumumkan lebih 20,000 penjawat awam Sabah akan menerima bonus Aidilfitri dan Pesta Kaamatan sebanyak RM700 yang akan dibayar pada 17 April ini.

Selain itu, katanya, sebanyak RM350 pula akan disalurkan kepada pesara kerajaan untuk tujuan sama.

“Kerajaan negeri (Sabah) seperti juga Kerajaan Persekutuan, sempena menyambut Aidilfitri dan Pesta Kaamatan, kita akan memberi bonus atau bantuan kepada penjawat awam negeri Sabah sebanyak RM700 manakala pesara RM350 yang akan dibayar minggu depan. Saya ingat 17 April ini,” katanya.

Beliau mengumumkan perkara itu kepada media selepas menghadiri majlis berbuka puasa Ketua Menteri Sabah bersama mahasiswa dan mahasiswi institusi pengajian tinggi di Semenanjung, di ibu negara, malam tadi. – Info X